Mengenai Kami

Rumah Berkualiti Dibina Atas Tradisi Keikhlasan

OMARD telah ditubuhkan pada 2019 secara khususnya untuk menjalankan projek pembangunan di Lembah Klang. Walaupun antara pemain yang agak baru dalam industri hartanah, warga OMARD mempunyai pengalaman hampir empat puluh tahun dalam pembangunan hartanah. Keupayaan kami terbukti melalui daya tahan dan kecekapan kami dalam bertindak balas terhadap perubahan pasaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19.

Pada masa ini, OMARD sedang melancarkan Kirana Sg Merab, sebuah enklaf tepi bukit eksklusif yang terletak di antara Bandar Baru Bangi dan Putrajaya. Dalam beberapa tahun akan datang, OMARD merancang untuk membangunkan tanah-tanahnya yang terletak di lokasi strategik di seluruh Lembah Klang, seperti Bangi, Putrajaya, Shah Alam dan Sungai Buloh.

Dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesan perubahan iklim, OMARD komited untuk mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar sambil mengekalkan kualiti tertinggi pembangunannya dengan menggunakan teknologi yang terbaik.

Sebagai anak syarikat kepada pemaju terkemuka AIMA Development, OMARD ialah sebuah syarikat berstatus 100% Bumiputera dan sebelum ini telah terlibat dalam projek kediaman dan komersial di bawah jenama AIMA, yang secara keseluruhannya telah menyiapkan lebih daripada 20,000 unit hartanah kediaman dan kompleks komersial di tiga negeri berbeza.

Visi Kami

Memajukan hartanah untuk pembangunan komuniti.

Misi Kami

Menggalakkan pertumbuhan sosial dan ekonomi masyarakat tempatan dengan menyediakan rumah dan kompleks komersial yang berkualiti lagi mampu milik untuk masa depan yang lebih baik.